Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HPUSM HARGAI JASA PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 November 2025 – Sempena Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Peringkat Kebangsaan 2025 yang bertemakan ‘Memperkasa Profesion, Memacu Potensi Aspirasi MADANI’, Jabatan Kejururawatan, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) menyerahkan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada semua Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) yang bertugas di HPUSM pada 1 dan 2 November lalu.

1000195733

1000195739

1000195741

1000195743

Program yang diketuai oleh Ketua Jabatan, Jabatan Kejururawatan HPUSM, Norhayati Mohamad bersama Penyelia Jururawat dan Ketua Jururawat itu bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan PPK selain meningkatkan semangat, motivasi serta memupuk hubungan silaturahim antara pengurusan dan PPK HPUSM.

1000195747

1000195745

1000195737

1000195735

Turut memeriahkan sambutan ialah Pengarah HPUSM, Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani, yang meluangkan masa bersama warga Jabatan Kejururawatan dan menyampaikan penghargaan kepada semua PPK.

Sumber Laporan & Foto: Afidah Aziz

  • Created on .
  • Hits: 73