Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HPUSM LAKSANA PROSEDUR PFA PERTAMA DI PANTAI TIMUR

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 Ogos 2025 – Sebagai usaha memberi pendedahan dan pelaksanaan prosedur khas kepada pesakit yang memerlukan rawatan elektrofisiologi jantung, Unit Kardiologi, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah menganjurkan Bengkel Prosedur Pulsed Field Ablation (PFA) pada 13 Ogos lalu.

1000169583

Bengkel ini turut melibatkan pakar yang dijemput khas dari Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah, Dr. Saravanan Krishnan. Prosedur PFA merupakan prosedur pertama yang diadakan di Pantai Timur dan kes pertama di HPUSM melibatkan penggunaan ‘Watchman device’ iaitu sejenis implant berbentuk payung kecil yang dipasang di ‘Left Atrial Appendage’ (LAA) bagi pesakit berisiko tinggi mendapat ‘blood clot’ akibat fibrilasi atrium (atrial fibrillation) bagi mencegah pembekuan darah dari LAA memasuki aliran darah yang boleh menyebabkan strok.

1000169585

Bengkel ini bertujuan menghapus atau mengurangkan keabnormalan pada ritma jantung menggunakan medan tenaga elektrik (pulsed field), meningkatkan keberkesanan rawatan aritmia berbanding kaedah ‘ablation’ konvensional dengan tempoh prosedur yang lebih singkat selain mengurangkan risiko komplikasi pasca prosedur seperti ‘stenosis vena pulmonari’, kecederaan saraf atau kerosakan organ berdekatan.

1000169587

Selain itu, prosedur ini juga dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit dengan mengurangkan simptom seperti berdebar, sesak nafas dan keletihan yang disebabkan oleh keabnormalan pada ritma jantung.

1000169589

1000169591

Bengkel ini berjaya dilaksanakan mengikut perancangan dengan penglibatan penuh pasukan kardiologi, pakar anestesia dan jururawat. Prosedur ini juga berjalan lancar tanpa komplikasi besar dan memberi manfaat klinikal segera kepada pesakit, sekali gus membuktikan komitmen USM dalam menyediakan rawatan kardiologi terkini serta menyumbang kepada kemajuan teknologi perubatan di Malaysia.

Sumber Laporan dan Foto: Unit Kardiologi HPUSM

  • Created on .
  • Hits: 282