Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HPUSM TERIMA KUNJUNGAN ILMIAH IPGKKB BAGI PERKONGSIAN ILMU OFTALMOLOGI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 Oktober 2025 – Kesedaran terhadap penjagaan penglihatan dalam kalangan bakal pendidik terus diperkasa apabila Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) menerima kunjungan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) bagi sesi perkongsian ilmu oftalmologi pada 2 Oktober lalu.

1000185746

1000185748

Lawatan ilmiah ini merupakan hasil inisiatif bersama antara Timbalan Pengarah (Korporat dan Kelestarian) HPUSM, Profesor Dr. Shatriah Ismail dan Pengarah IPGKKB, Dr. Narita Mohd Noor, yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas oftalmologi serta kaedah ujian penglihatan yang dijalankan di HPUSM.

1000185754

1000185750

Antara pengisian yang diketengahkan dalam lawatan ini ialah perkongsian ilmu oleh pakar-pakar oftalmologi HPUSM, sesi ‘hands-on’ dan demonstrasi ujian penglihatan seperti ‘visual acuity test’, ‘visual field test’, ‘funduscopy’ dan ‘colour vision test’ yang dikendalikan oleh pegawai optometri HPUSM.

1000185752

1000185756

HPUSM menzahirkan penghargaan kepada pihak IPGKKB atas inisiatif kolaborasi yang bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala antara institusi, tetapi turut menyemai kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan penglihatan dalam konteks pendidikan khas. HPUSM juga komited untuk terus menjadi rakan strategik kepada institusi pendidikan dalam usaha memperkasa agenda ilmu, penyelidikan dan khidmat masyarakat.

Sumber Laporan & Foto: Normaisarah Mohammad Zahari

 

  • Created on .
  • Hits: 104