HPUSM TERIMA SUMBANGAN KERUSI ‘RECLINER’ DARIPADA NASROM
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Oktober 2025 – Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) menerima sumbangan lima (5) buah kerusi ‘recliner’ (kerusi boleh laras) daripada Nasrom (M) Sdn. Bhd. untuk kegunaan pesakit di Wad 3 Selatan (Pusat Jagaan Harian Onkologi), dalam satu majlis penyerahan, hari ini.

Kerusi ‘recliner’ berkenaan direka untuk memberi keselesaan maksimum kepada pesakit, khususnya mereka yang menjalani rawatan jangka panjang seperti kemoterapi. Ia boleh dilaras posisinya sama ada untuk kedudukan duduk atau baring dengan mudah bagi mengurangkan tekanan fizikal serta memberi ruang rehat yang lebih selesa sepanjang rawatan dijalankan.

Sumbangan ini dilaksanakan di bawah projek kelestarian HPUSM sebagai sebahagian daripada kempen memperkukuh kesejahteraan dan keselesaan pesakit. Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Nasrom (M) Sdn. Bhd., Datin Nur Syazwani Ab Halim kepada Pengarah HPUSM, Profesor Dato' Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani.


Sumbangan ini juga mencerminkan komitmen bersama dalam menjayakan agenda kelestarian dan kesejahteraan komuniti hospital melalui kerjasama strategik antara sektor korporat dan institusi kesihatan.
Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Unit Fotografi UKAST
- Created on .
- Hits: 180