Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HPUSM UNGGULI PERTANDINGAN E-POSTER PERSIDANGAN KHUAM KALI KE-7

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 Oktober 2025 – Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) mengungguli pertandingan e-poster apabila memenangi tempat pertama bagi ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan dalam ‘KHUAM 7th National Conference of Academic Medical Centre - Revolutionizing Healthcare Through Digital Transformation: Innovation, Challenges and Opportunities’ yang berlangsung di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu pada 4 hingga 6 Oktober lalu.

1000186191

1000186197

Bagi kategori ‘Innovation and Technology in Healthcare’, HPUSM menyapu bersih kategori ini dengan kemenangan milik Zamilah Hussin di tempat pertama, diikuti Christina Robin ditempat kedua dan Norwahidah Wahi di tempat ketiga. Bagi kategori ‘Patient Cetered Care’ pula, dua (2) peserta HPUSM berjaya mendapat tempat iaitu Hasnetty Zuria Mohamed Hatta di tempat pertama dan Dr. Ahmad Rasyidi Mohamad meraih tempat ketiga sementara Wan Masran Wan Ahmad merangkul tempat pertama bagi kategori ‘Management In Healthcare’.

1000186193

1000186195

Persidangan yang disertai semua Hospital Pengajar Universiti ini merupakan acara tahunan bagi Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia (KHUAM) bertujuan untuk menjalinkan kerjasama strategik selain menjadi platform perkongsian dan pemindahan ilmu serta mencungkil bakat kepimpinan generasi akan datang.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Juhaida Daud

 

  • Created on .
  • Hits: 178