Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HUJAN LEBAT TIDAK RENCATKAN KELANTAN MTB CHALLENGE 2023

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 25 November 2023 - Kelantan 'Mountain Bike' (MTB) 'Challenge' 2023 di Litar XCO Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berlangsung rancak walaupun hujan lebat sepanjang kejohanan.

IMG 20231125 WA0186

Program anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Kelantan ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat menerusi sukan dan antara usaha mempromosi sukan MTB yang dilihat mempunyai ramai peminat serta potensi cerah di negeri Kelantan.

IMG 20231125 WA0184

Seramai 350 peserta termasuk atlet profesional menyertai kejohanan ini dari pelbagai pelosok negeri dan luar negara antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Singapura dan Thailand.

IMG 20231125 WA0181

Antara kategori yang dipertandingkan ialah Wanita Terbuka 5 kilometer (km) x 3 pusingan, Wanita Remaja 5km x 3 pusingan, Lelaki Remaja 5km x 3 pusingan, Lelaki Master A 5km x 4 pusingan, Lelaki Master B 5km x 4 pusingan, E-Bike Terbuka 5km x 4 pusingan dan acara utama iaitu Lelaki Terbuka 5km x 6 Pusingan di mana johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000.

IMG 20231125 WA0182

Menteri Besar Kelantan, Dato' Panglima Perang Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud hadir merasmikan program sekaligus menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

IMG 20231125 WA0185

Terdahulu, Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman turut diberi penghormatan membuat pelepasan bagi acara E- Bike Terbuka 5km x 4 pusingan mewakili Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM.

Pengurusan Kampus Kesihatan amat menghargai pemilihan litar di USM sebagai gelanggang acara edisi kali kedua dan akan menambah baik litar berdasarkan penganjuran kali ini.

IMG 20231125 WA0187

IMG 20231125 WA0183

Semoga kejayaan penganjuran Kelantan MTB Challenge 2023 kali ini menyuntik semangat kepada penggemar sukan basikal, khususnya MTB untuk terus bergiat di pentas sukan negeri dan negara.

  • Created on .
  • Hits: 439