Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

ICDMHS 2024 PENTAS BENTANG HASIL PENEMUAN KAJIAN TERBAHARU BIDANG SAINS PERUBATAN, PERGIGIAN DAN KESIHATAN

USM, KUBANG KERIAN KELANTAN, 10 Oktober 2024 - Persidangan ke-4 ‘International Conference on Dental, Medical, and Health Sciences’ (ICDMHS) 2024 merupakan pentas untuk membentang hasil penemuan kajian terbaharu, membina kerjasama dan meneroka peluang mengintegrasi data penyelidikan dengan amalan klinikal dan kesihatan.

IMG 20241010 WA0024

Persidangan yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 24 hingga 26 September lalu di The Everly Putrajaya itu merupakan anjuran Pusat Pengajian Sains Pergigian dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, dan Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Universiti Sains Malaysia (USM).

IMG 20241010 WA0022

Persidangan ICDMHS 2024 yang bertemakan ‘Sustainable Health: Unlocking Transdisciplinary Research Potential’ ini turut menekankan keperluan untuk merapatkan jurang pelbagai disiplin dalam sains pergigian, perubatan dan kesihatan di samping memacu inovasi dan kemajuan dalam kesihatan global.

IMG 20241010 WA0021

IMG 20241010 WA0026

Persidangan yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin ini menghimpunkan 118 peserta dengan pelbagai latar belakang perubatan, pergigian dan sains kesihatan termasuk staf dan pelajar daripada institut penyelidikan, universiti serta sektor swasta.

IMG 20241010 WA0025

IMG 20241010 WA0023

ICDMHS 2024 turut dihadiri oleh delegasi dan penyelidik daripada pelbagai negara selain Malaysia seperti Jepun, New Zealand, Nigeria, Indonesia dan China.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Norhayati Yusop

  • Created on .
  • Hits: 147