Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

JABATAN PATOLOGI HPUSM ANJUR LATIHAN FNAC PENDEKATAN ‘ULTRASOUND-GUIDED’ DAN ‘BLIND TECHNIQUE'

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Januari 2026 – Sebagai usaha memberikan kefahaman tentang teori dan kompetensi praktikal dalam penggunaan ‘ultrasound-guided’ dan ‘blind techniques’, Jabatan Patologi Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah mengadakan ‘Dual Approach Fine-Needle Aspiration Cytology (FNAC) Training - Ultrasound-Guided and Blind Technique Hands-On Course’ pada 10 dan 11 Disember lalu.

1000216320

Latihan yang dianjurkan dengan kerjasama Malaysian Society of Cytology (MSOC) ini antara lain bertujuan menambah baik ketepatan diagnostik dalam pengendalian sampel dan mengurangkan kadar calitan yang tidak memberangsangkan dengan menambah baik kebolehan membuat penilaian dan teknik sasaran.

1000216322

1000216328

Latihan yang disertai 40 orang peserta ini diharap dapat meningkatkan ketepatan praktikal dan kompetensi dalam prosedur FNAC berpanduan ultrabunyi serta prosedur FNAC secara buta selain memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai pengendalian spesimen sitologi dan penilaian ‘Rapid On Site Evaluation’ (ROSE).

1000216326

1000216324

Penglibatan peserta dan tenaga pengajar yang sangat aktif dalam latihan ini mencerminkan peranan masing-masing dalam memberikan yang terbaik kepada perkhidmatan kesihatan di tempat masing-masing.

1000216330

Sumber Laporan & Foto: Profesor Madya Dr. Anani Aila Mat Zin

  • Created on .
  • Hits: 127