Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

JABATAN SURGERI BERI KHIDMAT KHATAN PERCUMA BANTU KANAK-KANAK B40 GUA MUSANG

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 September 2023 – Prihatin dan cakna dengan kesukaran kanak-kanak di kawasan pedalaman Gua Musang untuk mendapatkan khidmat berkhatan, Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif turun padang mengadakan Program Sunathon Amal Jabatan Surgeri, Hospital USM di Kampung Jerek, Gua Musang pada 26 Ogos lalu.

IMG 20230906 WA0008

IMG 20230906 WA0007
 
Program yang mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pejabat Belia dan Sukan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Jerek, Dr. Muhammad Mahir Che Hassan itu merupakan usaha murni membantu golongan yang memerlukan khususnya keluarga B40 mengkhatankan anak mereka secara percuma.
 
IMG 20230906 WA0010
 
IMG 20230906 WA0006
 
Suntikan dana daripada Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin Madani ternyata sangat bermakna kerana program khatan percuma ini mendapat sambutan yang menggalakkan di mana seramai 74 orang kanak-kanak golongan B40 berusia tujuh (7) hingga 12 tahun daripada Kampung Jerek, Kampung Meranto, Kampung Star, Kampung Bertam Baru dan Kampung Limau Kasturi menyertai program ini.  
 IMG 20230906 WA0009
 
Seramai 42 staf dari Hospital USM terdiri dari Pakar Bedah, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat dan staf sokongan memberikan khidmat sebagai sukarelawan sepanjang program ini berlangsung. Turut hadir sebagai sukarelawan ialah Timbalan Pengarah (Klinikal), Hospital USM Profesor Dr. Zaidi Zakaria.
 
Sumber Laporan & Foto: Dr. Wan Zainira Wan Zain
  • Created on .
  • Hits: 512