JAWATANKUASA TETAP KEWANGAN TINJAU OPERASI DAN KEPERLUAN PENAMBAHBAIKAN DI HPUSM
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 April 2026 - Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK) telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) bagi meninjau kemudahan serta pengoperasian perkhidmatan kesihatan di hospital berkenaan, hari ini.

Lawatan ini diketuai oleh Pengerusi JTK merangkap Ahli Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (ALGUSM), Dato’ Seri Farizan Darus bersama ahli JTK yang lain terdiri daripada Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia merangkap ALGUSM, Profesor Dr. Zainal Amin Ayub; Setiausaha Bahagian Kementerian Kewangan Malaysia merangkap ALGUSM, Dr. Mastura Abdul Karim; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat; Timbalan Naib Canselor (Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat), Profesor Dr. Azlan Amran; Bendahari USM, Dr. Rafizal Abd Rahim, Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Sharif serta wakil Senat, Profesor Dr. Hooy Chee Wooi.


Sepanjang lawatan, delegasi telah dibawa meninjau beberapa lokasi utama di HPUSM termasuk Kaunter Pendaftaran Setempat di Unit Rekod Perubatan, Klinik Pakar Perubatan dan Klinik Rawatan Keluarga, Kaunter Taksiran Utama, Farmasi Pesakit Luar, tapak parkir bertingkat serta Jabatan Kecemasan.



Lawatan ini bertujuan memberikan gambaran menyeluruh berhubung kecekapan operasi, kemudahan sedia ada serta keperluan penambahbaikan dalam usaha memperkukuh perkhidmatan kesihatan dan pengurusan kewangan hospital.




Selain itu, dapatan daripada lawatan ini akan dijadikan asas pertimbangan strategik dalam merancang peruntukan kewangan yang lebih efisien, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan serta memastikan kemudahan yang disediakan sentiasa relevan, kondusif dan memenuhi keperluan pesakit serta warga Kampus Kesihatan secara berterusan.
Teks: Dr. Ahmad Nazrul Alif Yahya / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman dan Unit Fotografi UKAST
- Created on .
- Hits: 132