Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

JELAJAH PROMOSI MTSF 2024 BANTU RANCAKKAN PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 April 2024 – Sebagai salah satu universiti penyelidikan di negara ini, Universiti Sains Malaysia (USM) mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh sains dan teknologi dalam membentuk masa depan penjagaan kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup manusia di seluruh dunia. Namun, halangan utama bagi para penyelidik adalah kekangan kewangan yang sedikit sebanyak mempengaruhi minat mereka untuk meneruskan penyelidikan.

IMG 20240430 WA0020

IMG 20240430 WA0026

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Toray Group (Malaysia) (TGM) sekali lagi membuktikan mereka merupakan antara peneraju utama dalam membantu kerancakan perkembangan sains dan teknologi di Malaysia dengan mengadakan ‘Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) Promotional Roadshow 2024 for MTSF Science and Technology Award’ (STA) dan ‘Science and Technology Research Grant’ (STRG).

IMG 20240430 WA0022

IMG 20240430 WA0023

Bertempat di Dewan Persidangan Kampus, Kampus Kesihatan USM, hampir 40 peserta dalam kalangan penyelidik dan pelajar hadir untuk mendengar pembentangan yang disampaikan oleh wakil TGM, Ayano Yamazaki mengenai geran yang ditawarkan.

IMG 20240430 WA0024

IMG 20240430 WA0025

IMG 20240430 WA0021

Menerusi MTSF yang terkenal dengan komitmennya dalam mempromosikan penyelidikan saintifik dan inovasi, tiga (3) inisiatif geran telah ditawarkan iaitu kategori A- ‘Science and Technology Award’, kategori B– ‘Science and Technology Research Grant’ dan kategori C– ‘Science Education Award’ sekaligus membuka peluang pembiayaan kepada penyelidik USM untuk projek kerjasama dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.

Turut hadir ialah Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul yang mewakili Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Madya Dr. Aziah Ismail, Ahli Lembaga MTSF merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Profesor Dr. Yong Hoi Sen dan Perunding Kanan TGM, Dato’ Hun Keng Kuan.

Teks: Muhamad Iqbal Bashah Ahmad Basha Ruddin/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 205