Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT, HIDUPKAN BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN WARGA KAMPUS

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 Mei 2023 – Membawa slogan ‘Baca Bina Insan’, Perpustakaan Hamdan Tahir (PHT), Universiti Sains Malaysia (USM) mengajak warga Kampus Kesihatan menyahut seruan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menyertai program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, hari ini.
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.11.23
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.11.20
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.11.21 1
 
Program yang diadakan secara serentak di seluruh negara pada jam 11.00 pagi sehingga 11.10 pagi ini bertujuan memupuk budaya membaca dan melahirkan warga kampus yang lebih berilmu di samping menyokong program Dekad Membaca Kebangsaan (DMK).
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.11.22 1
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.11.21
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.11.21 2
 
PHT turut mengalu-alukan warga kampus yang menyertai program ini merakamkan dan menghantar foto kenangan semasa program tersebut berlangsung di jabatan masing-masing.
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.11.22
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.11.22 2
 
Program sebegini diharap dapat menghidupkan budaya membaca selain dapat merehatkan minda dalam kesibukan menjalankan tugas hakiki.
  • Created on .
  • Hits: 164