JUADAH RAYA RAI PENGORBANAN PETUGAS HOSPITAL USM BERTUGAS DI PAGI SYAWAL
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 April 2023 - Keraian pagi satu (1) Syawal tetap meriah dengan pelbagai juadah sinonim sambutan lebaran serta bermaaf-maafan sesama petugas kesihatan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) yang bertugas pada hari raya pertama.



Walaupun serba sederhana, pengurusan Hospital USM saban tahun tidak pernah terlepas dalam meraikan warganya yang bertugas di pagi raya sebagai tanda penghargaan.




Hadir menyantuni petugas kesihatan pagi ini ialah Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman dan pengurusan kejururawatan.
- Created on .
- Hits: 157