Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KAFETARIA MURNI TERCALON ANTARA LIMA KAFETARIA TERBAIK UNIVERSITI AWAM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 Julai 2024 - Kafetaria Murni, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) tercalon antara lima (5) kafeteria terbaik peringkat kebangsaan bagi kategori Universiti Awam dalam Pertandingan Medan Selera Bersih dan Selamat anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

IMG 20240710 WA0011

IMG 20240710 WA0013

IMG 20240710 WA0018

Sehubungan itu, delegasi penjurian dari KKM yang diketuai oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM, Saadiah Isa, hadir untuk melakukan proses penilaian semula bagi menentukan kafetaria mana yang akan menjuarai pertandingan pada tahun ini.

IMG 20240710 WA0014

IMG 20240710 WA0015

IMG 20240710 WA0016

Program sebegini dilihat penting bagi meningkatkan tahap kesedaran pengusaha kafetaria dalam aspek penjagaan kebersihan premis di samping menitik berat proses penyediaan makanan yang bersih dan selamat bagi mengelak kejadian keracunan makanan kepada pelanggan terutama pelajar.

IMG 20240710 WA0017

IMG 20240710 WA0019

IMG 20240710 WA0020

Kriteria yang diambil kira dalam penilaian ini merangkumi aspek kebersihan makanan, keceriaan persekitaran dan kemudahan yang ada serta pendidikan kesihatan kepada para pelanggan.

IMG 20240710 WA0021

IMG 20240710 WA0022

Dalam usaha menjayakan pencalonan ini, Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti turut memainkan peranan penting bersama-sama pengurusan desasiswa bagi melaksanakan penambahbaikan infrastruktur dan keceriaan kafetaria Murni.

IMG 20240710 WA0023

Turut hadir semasa proses penilaian ialah Penggawa Desasiswa Murni Nurani, Hafiz Assad Zakaria dan Pegawai Tadbir, Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti, Mohd Zuki Arifin.

Teks: Mohd Hafiz Ya’acob / Foto: Unit Fotografi UKAST

  • Created on .
  • Hits: 455