Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KAFETERIA NURANI BERWAJAH BAHARU, LEBIH SELESA UNTUK PELAJAR KAMPUS KESIHATAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Februari 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) sentiasa komited memastikan pelajar menikmati pengalaman kampus yang berkualiti dan mesra pelajar. Dalam usaha berterusan meningkatkan kesejahteraan pelajar, Kafeteria Nurani di Desasiswa Nurani kini telah siap dinaik taraf bagi menyediakan persekitaran yang lebih selesa kepada pelajar Kampus Kesihatan.

1000223273

Majlis perasmian Kafeteria Nurani telah disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, hari ini, sekali gus menzahirkan sokongan berterusan pengurusan tertinggi universiti terhadap penambahbaikan kemudahan dan kebajikan pelajar.

1000223275

Projek naik taraf tersebut direalisasikan hasil sumbangan peruntukan berjumlah RM196,797 daripada Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dan memberi manfaat secara langsung kepada 1,158 pelajar yang merupakan penghuni empat (4) blok Desasiswa Nurani iaitu Nurani Putera, Nurani Puteri, Blok A dan Blok B serta mencerminkan keprihatinan berterusan PPSP terhadap kesejahteraan pelajar USM.

1000223277

Kafeteria yang dinaik taraf ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat penyediaan makanan, malah menjadi ruang interaksi pelajar, dengan enam (6) pengusaha dilantik bagi menawarkan pelbagai pilihan makanan dan perkhidmatan asas kepada penghuni Desasiswa Nurani.

1000223279

Penambahbaikan ini turut mencerminkan komitmen berterusan USM dalam menyediakan kemudahan sokongan yang kondusif bagi kehidupan kampus, selaras dengan aspirasi universiti melahirkan graduan yang holistik, seimbang dan berdaya saing.

1000223281

1000223283

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr. Shaiful Bahari Ismail; Dekan PPSP USM, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian USM, Profesor Dr. Norhayati Luddin; Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul USM, Profesor Madya Dr. Aziah Ismail dan Penolong Pendaftar Kanan, Perumahan dan Penginapan Universiti (HAC), Kampus Kesihatan USM, Mohd Zuki Arifin.

Teks: Siti Sri Mas Ismail / Foto: Unit Fotografi UKAST

  • Created on .
  • Hits: 214