Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KAMPUS KESIHATAN KOMITED MULAKAN PENYEDIAAN HIDANGAN SIHAT DI KAFETERIA DESASISWA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 Februari 2025 - Pengurusan Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) memulakan langkah untuk mempelopori penyediaan hidangan sihat di kafeteria Desasiswa Murni dan Nurani sebagai inisiatif membudayakan amalan pemakanan sihat di institut pengajian tinggi atau ‘supporting healthy food intake and nutrition empowerment’ (SHINE@IPT).

1000113523

Ianya susulan lawatan kerja delegasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pemakanan KKM, Putrajaya, Zaiton Daud ke Kampus Kesihatan dan dibawa ke Kafeteria Murni USM bagi melihat secara lebih dekat dan memberi penasihatan awal ke arah pelaksanaan kafeteria sihat ini pada 17 Februari lalu.

1000113519

1000113521

Delegasi Bahagian Pemakanan KKM juga sempat meluangkan masa melawat Dapur Siswa Lestari di Pusat Islam Kampus Kesihatan USM dan tertarik dengan inisiatif yang diperkenalkan serta turut memuji tindakan proaktif pengurusan Kampus Kesihatan terutamanya dalam menjaga kebajikan para pelajar yang kurang berkemampuan untuk terus menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian mereka tanpa perlu memikirkan soal kewangan yang tidak mencukupi terutamanya di akhir-akhir semester.

1000113525

1000113527

1000113529

1000113517

Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti), Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Profesor Dr. Hamid Jan Jan Mohamed mewakili Pengarah Kampus Kesihatan; Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kampus Kesihatan USM, Hj. Hafiz Assad Zakaria; Pengerusi Program Pemakanan, PPSK USM, Dr. Hafzan Hj. Yusoff; Pengerusi Program Dietetik, PPSK USM, Dr. Divya Vanoh, pensyarah-pensyarah Program Pemakanan PPSK USM dan Pegawai Sains Bahagian Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Wan Fauzi Wan Yusoff.

Sumber Laporan & Foto: Hj. Hafiz Assad Zakaria

  • Created on .
  • Hits: 115