Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KAMPUS KESIHATAN USM DAN TH PROPERTIES TINJAU KERJASAMA PEMBANGUNAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 Disember 2024 - Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail hari ini menerima kunjungan Pengerusi TH Properties Sdn Bhd, Datuk Haji Husam Musa serta delegasi di pejabat beliau di Kompleks Pentadbiran, Kampus Kesihatan.

IMG 20241223 WA0011

IMG 20241223 WA0010

Pertemuan kedua-dua pihak itu antara lain membincangkan potensi kerjasama dua (2) hala khususnya pembangunan infrastruktur bagi manfaat peningkatan penyampaian perkhidmatan perubatan serta kemudahan untuk warga kampus.

IMG 20241223 WA0012

Perbincangan peringkat awal ini akan disusuli dengan formaliti termasuk mendapatkan persetujuan daripada pihak-pihak berkepentingan, khususnya pengurusan tertinggi USM dan Tabung Haji sebelum tindakan selanjutnya dilakukan.

IMG 20241223 WA0013

IMG 20241223 WA0014

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TH Properties Sdn Bhd, Mohd Ismadi Ishak dan Timbalan Pengarah Klinikal, Hospital Pakar USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria.

Teks: Amyrulhan Azhari/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 190