KAMPUS KESIHATAN USM SERAH SUMBANGAN KEMANUSIAAN PALESTIN KEPADA MYCARE KELANTAN
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 13 Disember 2023 – Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Islam Kampus Kesihatan telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Kemanusiaan Palestin bernilai RM45,600 kepada Persatuan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kelantan pada 10 Disember lalu.
Kampus Kesihatan USM yang diwakili Pengarah Kampus, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin membuat penyerahan sumbangan kepada Pengurus Mycare Kelantan, Ab Rahman Salleh.
Tabung Kemanusiaan Palestin telah dilancarkan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM pada 19 Oktober 2023 bertujuan mengumpul dana untuk disalurkan melalui badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dan dipercayai.
Pendanaan Tabung Kemanusiaan Palestin ini diteruskan lagi secara atas talian dan tunai melalui tabung-tabung yang di tempatkan di beberapa lokasi strategik sekitar Kampus Kesihatan untuk disumbangkan pada fasa seterusnya.
Sumber Laporan & Foto: Muhammad Arif Ismail
- Created on .
- Hits: 201