Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KARNIVAL MSN 2024 KELANTAN: SPICES DUKUNG AGENDA STEM NEGARA

KOTA BHARU, KELANTAN, 17 Ogos 2024 - Karnival Minggu Sains Negara (MSN) Peringkat Negeri Kelantan 2024 yang berlangsung di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini turut disertai Universiti Sains Malaysia (USM) yang diwakili oleh Galeri Interaktif Sains Perubatan atau lebih dikenali sebagai SPICES.

IMG 20240817 WA0010

Karnival yang berlangsung selama dua (2) hari ini merupakan pendekatan serampang dua (2) mata iaitu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI) selain mendidik masyarakat dalam menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta kejayaan dalam bidang sains.

IMG 20240817 WA0011

Galeri ikonik Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan USM (SPICES) mengambil peluang ini untuk mengetengahkan idea gabungan sains perubatan dan teknologi selaras dengan agenda negara yang ingin memperkasakan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

IMG 20240817 WA0012

Pameran spesimen organ badan manusia yang telah diawet, demostrasi penggunaan ‘Virtual Reality’ (VR) dan 'Augmented Reality' (AR) semestinya menjadi daya tarikan kepada pengunjung yang hadir khususnya golongan pelajar sekolah dan penuntut pengajian tinggi sekaligus menarik minat mereka terhadap ilmu sains dan perubatan.

IMG 20240817 WA0014

IMG 20240817 WA0015

Mengangkat tema 'Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi dan Mengarusperdanakan Inovasi', karnival anjuran bersama Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ini turut disertai pelbagai agensi di bawah kerajaan negeri, hub pendidikan dan pihak swasta.

Teks & Foto: Mohamad Iqbal Bashah Ahmad Basha Ruddin

  • Created on .
  • Hits: 212