Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KASIH TANPA SYARAT, HARAPAN TANPA BATAS: KOMITMEN HPUSM TANGANI ISU IBU TANPA NIKAH

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 April 2026 – Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) terus komited dalam menangani isu sosial semasa dan memandang serius peningkatan kes kehamilan luar nikah khususnya dalam kalangan remaja dengan menganjurkan Kursus Pengendalian Ibu Tanpa Nikah dan Anak Tidak Sah Taraf di HPUSM dari Perspektif Pegawai Kerja Sosial Perubatan: Kasih Tanpa Syarat, Harapan Tanpa Batas pada 22 April lalu.

1000252433

1000252431

Kursus itu diadakan bertujuan meningkatkan kemahiran staf dalam pengendalian kes ibu tanpa nikah dan menguruskan cabaran semasa serta memberi maklumat dan perkongsian antara agensi-agensi yang terlibat dalam pengendalian ibu tanpa nikah dan anak tidak sah taraf.

1000252427

1000252423

Selain itu, kursus ini juga mengukuhkan peranan HPUSM sebagai pusat holistik yang bukan hanya berfungsi dalam memberi rawatan fizikal sahaja, malah turut merangkumi intervensi biopsikososial dan pengurusan kes kompleks seperti ibu tanpa nikah, stigma dan krisis kekeluargaan.

1000252429

1000252435

Kursus anjuran Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) HPUSM ini antara lain bertujuan mendidik para peserta untuk lebih empati dengan mengambil pendekatan daripada stigma sosial kepada pemulihan sosial agar ibu tanpa nikah dan anak tidak sah taraf dapat menjalani kehidupan seperti sebelumnya.

1000252425

Hadir merasmikan kursus ini ialah Pengarah HPUSM, Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani. Turut hadir ialah Ketua Unit, UKSP HPUSM, Shamsul Amri Sallehuddin dan pegawai- pegawai pembangunan masyarakat UKSP HPUSM.

Sumber Laporan & Foto: Fadli Mohamad dan Mohamad Zakwan Seman

  • Created on .
  • Hits: 153