Pembedahan jantung, khususnya melibatkan pesakit bayi serta kanak-kanak memerlukan kepakaran khas pelbagai bidang.


Selain pakar serta anggota pasukan perubatan Yayasan Healing Little Hearts dari United Kingdom, nadi kejayaan pembedahan lapan pesakit di Hospital USM minggu ini ialah pakar kardiotorasik, pediatrik, anestesia, perfusionist serta pasukan jururawat Hospital USM.






Tidak ketinggalan juga penghargaan kepada Unit Pentadbiran dan Kemudahan Am Hospital USM, Jabatan Radiologi, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset, Unit Kerja Sosial Perubatan serta lain-lain pasukan sokongan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Merekalah wira.