Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KEJOHANAN USM–SINGGORA ‘FIELD AND 3D ARCHERY CHALLENGE’ 2025 CETUS INSPIRASI BAHARU PARA PEMANAH

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 Mei 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kelab Memanah Singgora dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Kejohanan USM–SINGGORA ‘Field and 3D Archery Challenge’ 2025, semalam.

WhatsApp Image 2025 05 04 at 11.21.21 AM 2

Kejohanan itu bertujuan memperkenalkan format memanah lapangan ‘Field Archery' dan '3D Archery’ kepada masyarakat terutamanya pelajar USM. Kedua-dua format ini masih kurang dikenali oleh masyarakat umum serta para pemanah di Malaysia, menjadikannya sebagai cabang sukan yang baharu dalam arena memanah tempatan.

WhatsApp Image 2025 05 04 at 11.21.21 AM 1

Seramai 147 peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini mewakili 44 kelab dan 11 peserta individu daripada sembilan (9) buah negeri. Kejohanan ini berlangsung penuh semangat kesukanan dengan memperlihatkan ketangkasan dan kecekapan para peserta dalam disiplin ‘Field' dan '3D Archery’.

WhatsApp Image 2025 05 04 at 11.21.22 AM 1

WhatsApp Image 2025 05 04 at 11.21.22 AM

Majlis penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Saipuddin Zakaria di Lapangan Memanah, Kampus Kesihatan USM.

WhatsApp Image 2025 05 04 at 11.21.19 AM 1

WhatsApp Image 2025 05 04 at 11.21.19 AM

Machang Archery Club, Panahan Tradisional Azzaakirin, Ros Archery, SRITI Tok Bachok, PAMAS dan Akademi 5 Arrows masing-masing muncul juara bagi enam (6) kategori utama yang dipertandingkan dalam kejohanan kali ini.

WhatsApp Image 2025 05 04 at 11.21.19 AM 2

WhatsApp Image 2025 05 04 at 11.21.20 AM 1

Kejayaan penganjuran kejohanan ini diharap dapat memperkukuh silaturahim antara peserta serta memperkasa sukan memanah ke peringkat yang lebih tinggi.

WhatsApp Image 2025 05 04 at 11.21.21 AM

WhatsApp Image 2025 05 04 at 11.21.20 AM

Turut hadir ialah Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail; Presiden Kelab Memanah Singgora, Wan Hazrim Wan Hassan; Pengarah Program USM–Singgora ‘Field and 3D Archery Challenge’ 2025, Norhisyam Ismail dan wakil rasmi penaja Syarikat Muda Osman, Razyrul Hisham Ramli.

Teks: Marlina Zahari/ Foto: Ahmad Azmizul Hisyam Ibrahim

  • Created on .
  • Hits: 252