Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KEM HAFAZAN AL-QURAN I-JUNIOR PUPUK GENERASI MUDA CINTAKAN AL-QURAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 Januari 2025 – Kem Hafazan Al-Quran 'I-Junior' yang dianjurkan oleh Pusat Islam Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Wanita Islam USM telah melabuhkan tirainya dalam sebuah majlis perasmian penutupan di Masjid Mukim Kampus Kesihatan USM, hari ini.

IMG 20250123 WA0019

IMG 20250123 WA0014

Majlis tersebut disempurnakan oleh Penyelaras Unit Sains Kesihatan Interdisiplin, Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Dr. Majahid Bakar, mewakili Pengarah Kampus Kesihatan USM.

IMG 20250123 WA0017

IMG 20250123 WA0016

Kem Hafazan Al-Quran I-Junior ini diadakan bertujuan memupuk minat menghafal ayat-ayat suci al-Quran dalam kalangan generasi muda selain membentuk mereka memahami dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

IMG 20250123 WA0018

IMG 20250123 WA0015

Program ini juga dilihat sebagai usaha penting dalam mendidik anak-anak menuju kejayaan dunia dan akhirat serta mendidik mereka memahami al-Quran sebagai pedoman hidup.

Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 161