Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KENALI KAMPUS KESIHATAN TARIK MINAT PELAJAR IKUTI ALIRAN SAINS

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 November 2022 – Seramai 40 orang pelajar tingkatan tiga (3) dan tiga (3) orang guru pengiring dari Unit Kecemerlangan Menengah Rendah dengan kerjasama Unit Kauseling Kelab Doktor Muda dan Kelab Media Sekolah Menengah Kebangsaan Kota telah mengadakan lawatan ke Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.

SAVE 20221130 171303

SAVE 20221130 171242
 
 
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang -peluang pendidikan, prospek dan skop kerjaya dalam bidang berkaitan perubatan serta kesihatan di samping dapat merasai sendiri pengalaman aktiviti berkaitan pembelajaran di Kampus Kesihatan USM.
 
SAVE 20221130 171235
 
SAVE 20221130 171221
 
Program ini dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC), Lailatul Hafiza Abdul Rashid. Peserta dibawa melawat ke Muzium Anatomi, Unit Perubatan Pemulihan (gimnasium dan robotik) dan Makmal Teknologi Pergigian, Pusat pengajian Sains Pergigian (PPSG).
  • Created on .
  • Hits: 219