Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KERJASAMA USM – KKM TINGKAT PELAKSANAAN SISTEM CASEMIX DALAM PERKHIDMATAN PERGIGIAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 19 April 2026 – Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima kunjungan delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memperkukuh pemahaman dan pelaksanaan Sistem Gabungan Kes (casemix), khususnya dalam perkhidmatan kesihatan pergigian pada 13 April lalu.

1000249664

Lawatan yang diselaraskan oleh Unit Penilaian Sistem Gabungan Kes (CSEU), Kampus Kesihatan USM ini bertujuan memberi pemahaman tentang aliran kerja dan aplikasi sistem gabungan kes (casemix system) di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) bagi perkhidmatan kesihatan pergigian (OHP) KKM.

1000249667

Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan pengetahuan mengenai pengkodan klinikal, klasifikasi pesakit dan penggunaan data dalam casemix selain menjadi platform perkongsian pengalaman dan amalan terbaik antara HPUSM dan KKM.

1000249661

Lawatan ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan teknikal kedua-kedua belah pihak, malah mengukuhkan jaringan kerjasama antara institusi akademik dan agensi kesihatan ke arah peningkatan kualiti perkhidmatan, kecekapan pengurusan serta manfaat berterusan kepada sistem kesihatan negara.

1000249670

1000249658

Turut hadir menyantuni delegasi lawatan ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr. Shaiful Bahari Ismail dan Timbalan Pengarah Operasi HPUSM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Shuhaila Mat Sharani

  • Created on .
  • Hits: 69