KERJASAMA USM – MEDIVEN BUKA RUANG PENYELIDIKAN DAN INOVASI TEKNOLOGI KESIHATAN
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Mei 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) terus mengorak langkah dalam meningkatkan hubungan strategik antara akademia dan industri menerusi Program Libatsama Rakan Industri bersama Medical Innovation Ventures Sdn. Bhd. (MEDIVEN) yang berlangsung di Bilik Persidangan PPSP, Kampus Kesihatan USM, hari ini.


Kerjasama tersebut menjadi platform penting dalam membuka ruang penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi kesihatan antara universiti dan industri tempatan, selaras dengan aspirasi USM APEX dalam memperkasakan ekosistem inovasi negara.


Melalui program ini, USM menerima sumbangan berjumlah RM494,500.00 yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran MEDIVEN Sdn. Bhd., Hennniey Ong kepada Dekan PPSP, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin.


USM amat berbesar hati dan berbangga menerima sumbangan daripada MEDIVEN yang mempunyai kepakaran lebih 14 tahun dalam membangunkan teknologi diagnostik bagi keperluan klinikal tempatan.

USM berharap agar kerjasama ini akan mengukuhkan lagi hubungan antara akademia dan pihak industri ke peringkat yang lebih tinggi.
Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
- Created on .
- Hits: 142