KESIHATAN MENTAL DAN MULUT DITEKANKAN DALAM PROGRAM KOMUNITI USM - MAZTAM
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 Oktober 2025 – Sebagai usaha memberi kesedaran kesihatan mental dan kesihatan mulut kepada pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Aluzma Lilaitam (MAZTAM), Tok Sadang, Badang, Kota Bharu, Cakna Kesihatan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Persatuan Sains Makmal Perubatan, USM (AMeLS) telah menganjurkan program komuniti Bersama para pelajar MAZTAM pada 5 Oktober lalu.


Program yang bertujuan memperkayakan pengetahuan kesihatan para pelajar MAZTAM ini turut diisi dengan sesi ceramah interaktif berkaitan kesihatan mental yang disampaikan oleh Pegawai Psikologi Hospital Pakar USM, Nik Nurin Kamelia Ahmad Khariri dan demonstrasi cara-cara untuk memberus gigi oleh Pensyarah PPSG, Profesor Madya Dr. Norma Abd Rahman serta dibantu staf klinik PPSG.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar MAZTAM menunjukkan kesungguhan untuk mempelajari ilmu yang disampaikan. Mereka sentiasa memberi tindak balas positif dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.

Sumber Laporan & Foto: Profesor Madya Ts. Dr. Azlina Ahmad
- Created on .
- Hits: 267