Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KESIHATAN MENTAL REMAJA: KOLABORASI KBS DAN USM CARI SOLUSI TERBAIK

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 Jun 2023 - Satu perbincangan berkaitan pembentukan kertas polisi antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah berlangsung di Bilik Persidangan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Kampus Kesihatan USM, hari ini.

12395b3d c393 4835 9e99 c8f8d014c804

Perbincangan itu dilakukan antara pihak KBS yang diwakili oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan USM melalui PPSP yang diketuai oleh Dekan PPSP, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman dan Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis yang mewakili Pengarah Kampus serta penyelidik-penyelidik USM.

97d7d75c ab82 4a79 9d19 549177478711

Ia lantaran kes gangguan kesihatan mental dan kelaziman membunuh diri menunjukkan tren yang membimbangkan di Malaysia dan seluruh dunia.

Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes bunuh diri di Malaysia dalam tempoh dua (2) tahun iaitu dari Januari 2019 hingga Mei 2021 adalah sebanyak 1,708 kes di mana, 872 kes iaitu bersamaan 51 peratus (%) daripada keseluruhan kes adalah melibatkan golongan remaja berumur antara 15 hingga 18 tahun.

Sehingga kini, langkah-langkah pencegahan hanya menunjukkan kesan yang minima dalam menangani masalah ini.

a956e17a d213 4f92 acbc a516db5e5773

Justeru, menyedari kepentingan kajian kes ini, sekumpulan penyelidik yang diketuai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), PPSP, USM, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak sedang menjalankan kajian berkaitan beban psikologi yang dihadapi oleh golongan remaja dan seterusnya merancang modul yang dapat menangani kelakuan ini serta menyediakan polisi yang boleh diguna pakai oleh semua agensi berkaitan di Malaysia.

771cebc6 41f2 4c80 8398 3b59fb924908

Projek penyelidikan melalui 'Trans-disciplinary Research Grant Scheme' (TRGS) selama tiga (3) tahun ini akan menilai semula strategi dan tindakan pencegahan bunuh diri dalam kalangan remaja seterusnya menjadi batu loncatan untuk penambahbaikan dari segi dasar dan penggubalan polisi bagi kesihatan mental kanak-kanak dan remaja.

2b2274b2 b033 4de4 9fe2 3ffa2757a382

Sesi perbincangan ini diharap akan membuka jalan bagi kerjasama yang lebih erat antara penyelidik dan penggubal polisi bagi mewujudkan garis panduan berkesan untuk menangani kes bunuh diri dalam kalangan remaja di Malaysia.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kelantan, Mohd Saipuddin Zakaria dan Pengarah Urusan BTOP Wellness Sdn. Bhd, Haji Rudie Yaakub.

 
  • Created on .
  • Hits: 310