Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KOLABORASI ECRI DAN HPUSM DISASAR PERKUKUH LANDSKAP KESIHATAN NEGARA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Mei 2025 – Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) yang diketuai Pengarah, Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani menerima kunjungan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ECRI, Dr. Marcus Schabacker bersama delegasi yang mengadakan lawatan ke HPUSM sebagai usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang penjagaan kesihatan, semalam.

1000138572

ECRI merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai badan bebas dalam penyelidikan, penilaian teknologi kesihatan serta keselamatan pesakit. Memiliki pengalaman lebih lima (5) dekad, ECRI menjadi rujukan utama kepada pembuat dasar, penyedia perkhidmatan kesihatan dan pengeluar teknologi perubatan di seluruh dunia.

1000138573

1000138576

Lawatan ini diisi dengan sesi perbincangan dua hala yang menyentuh aspek kolaborasi dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan kesihatan komuniti. Turut dibentangkan ialah cadangan solusi terhadap isu-isu kritikal seperti jurang persaingan, keperluan naik taraf peralatan perubatan serta langkah mengurangkan komplikasi rawatan jangka panjang terhadap pesakit.

1000138578

Schabacker turut berkongsi pandangan dan inovasi terkini yang sedang dibangunkan di peringkat global, sekali gus membuka peluang untuk HPUSM meneroka pendekatan baharu yang lebih produktif dan efisien dalam sistem penjagaan kesihatan.

1000138580

Kolaborasi antara ECRI dan HPUSM ini dijangka memberi impak positif kepada landskap kesihatan negara menerusi perkongsian teknologi serta pemindahan kepakaran yang selari dengan standard antarabangsa.

Teks: Nik Nur Khalisah Umairah Nik Mansur (Pelajar Latihan Industri UiTM) /Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 63