Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KOLABORASI TIGA PENJURU USM, JBPM DAN JPN LATIH WARGA PENDIDIK RAWATAN AWAL KECEDERAAN KEBAKARAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Mac 2025 – Sebagai usaha melatih para pendidik bertindak sebagai jurulatih dalam menangani kecederaan akibat kebakaran, Unit Sains Rekonstruktif, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program ‘Training of Trainers’ (ToT) bagi pencegahan dan rawatan awal luka melecur dan terbakar pada 23 Februari lalu.

84fefc24 b569 4b08 a927 60c3a8a8d76a

29f8a73c 322e 4136 a7fe 07c1be537982

Program dengan kerjasama Jabatan Perubatan Masyarakat, Unit Rawatan Kebakaran, Jabatan Kecemasan Hospital Pakar USM, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan itu bertujuan meningkatkan kesedaran, memperkukuhkan kemahiran rawatan awal kecemasan luka melecur dan terbakar serta pemindahan ilmu bagi membolehkan para peserta menyebarkan ilmu kepada pelajar dan tenaga pengajar lain di sekolah.

099ffdb2 a1e4 428d b548 7f07e5102405

Seramai 50 orang guru daripada 30 buah sekolah terpilih di seluruh negeri Kelantan menghadiri dan menjalani latihan. Empat (4) modul utama diketengahkan dalam ToT ini iaitu Pencegahan Kebakaran dan Pemadaman Api, Persekitaran Selamat serta Pencegahan Luka Melecur dan Terbakar, Rawatan Awal Kecemasan Luka Melecur dan Terbakar serta Rawatan dan Pengurusan Luka Melecur dan Terbakar.

6e37992f aeb0 4e63 b8a2 c00e88c6e8d1

Selain itu, program ini turut merangkumi demonstrasi amali seperti penggunaan pemadam api dan kaedah rawatan awal luka melecur. Peserta yang berjaya menamatkan latihan akan bertindak sebagai jurulatih di sekolah masing-masing dengan penyeliaan JBPM.

01856a66 4bbc 4264 a430 a136310a44b3

7ee1a385 b7a6 40f4 9557 aa1930971c10

c2a27b00 f06c 4c8b 9206 068fd78e055e

Program seperti ini diharap memberi pengetahuan dan kemahiran dalam menangani kebakaran dan luka melecur sekaligus mengurangkan risiko serta kesan kecederaan akibat kebakaran dalam komuniti selain menggalakkan para guru menjadi pemangkin dalam menyebarluas ilmu kepada komuniti dan masyarakat sekitar.

Sumbangan Laporan & Foto: Dr. Nur Azida Mohd Nasir

  • Created on .
  • Hits: 145