Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KOLABORASI USM - GN HEARING MANTAPKAN PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN KESIHATAN PENDENGARAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 November 2025 - Program Audiologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama GN Hearing PTE LTD (Singapura) dalam satu majlis yang berlangsung di USM Kuala Lumpur (USM@KL) pada 10 November lalu.

1000197948

Majlis penandatanganan tersebut disempurnakan Dekan PPSK, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak mewakili Naib Canselor USM dan Dr. Mohd Fadzil Nor Rashid bagi pihak USM, manakala GN Hearing PTE LTD diwakili oleh Pengarah Urusan, Low Yeow Lee serta Pengurus GN Hearing (Malaysia), Muhammad Amar Mohd Ruzai.

1000197950

Dalam majlis berkenaan, GN Hearing turut menyerahkan sumbangan alat bantu pendengaran bernilai RM60,000 kepada USM. Sumbangan ini akan dimanfaatkan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran pelajar prasiswazah Program Audiologi serta diberikan kepada pesakit kurang berkemampuan yang memerlukan bantuan pendengaran.

1000197952

1000197956

Kerjasama menerusi MoU ini membuka ruang yang lebih luas dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan latihan berkaitan kesihatan pendengaran selain memperkukuh hubungan akademik dan industri antara kedua-dua pihak.

1000197954

1000197958

Selain itu, kolaborasi ini bukan sahaja penting dari segi pembangunan akademik, tetapi juga dalam memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan pendengaran.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Mohd Fadzil Nor Rashid

  • Created on .
  • Hits: 197