Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KUNJUNGAN HORMAT NAIB CANSELOR UNIVERSITI DRB-HICOM KE KAMPUS KESIHATAN USM PERKUKUH HUBUNGAN DUA HALA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 Ogos 2025 - Naib Canselor Universiti Automotif Malaysia DRB-HICOM (DHU), Profesor Dato’ Sr. Dr. Omar Osman yang juga mantan Naib Canselor ke-6 Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kampus Kesihatan USM, hari ini.

1000164026

Lawatan ini merupakan inisiatif untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua institusi dan pada masa yang sama, meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang pendidikan, industri dan kesihatan yang sejajar dengan aspirasi pembangunan negara yang berteraskan inovasi serta berimpak tinggi.

1000164028

Sesi pertemuan yang berlangsung secara ringkas namun bermakna itu telah dipengerusikan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail dan turut disertai oleh Pengarah Hospital Pakar USM (HPUSM), Profesor Dato' Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani serta Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan, Noor Hayati Mohammad.

1000164032

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk cadangan kerjasama dalam bidang penyelidikan, pembangunan hospital digital serta sistem perkhidmatan kesihatan dan kejuruteraan bersepadu kerana inisiatif ini dilihat selaras dengan peranan institusi pengajian tinggi sebagai pemacu transformasi sektor kesihatan dan teknologi negara.

1000164034

Pihak DHU turut menyatakan komitmen untuk memperluas dan memperkukuh kolaborasi bersama USM seperti Program Kajian Komuniti dan Kes Keluarga Perubatan di Pekan dan Program Akademik 'Off-Site' Sains Kesihatan. Pertemuan ini dilihat sebagai titik permulaan kepada kerjasama jangka panjang yang lebih menyeluruh dan berdaya saing.

1000164036

1000164030

Kunjungan ini diharap menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih erat antara USM dan DHU dalam memperkukuh pembangunan modal insan, memperluas akses kepada pendidikan tinggi berkualiti serta memperkenalkan inovasi dalam bidang kesihatan, automotif dan kejuruteraan pada masa akan datang.

Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 221