KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA BHARU KE USM JALIN KEMESRAAN ANTARA AGENSI
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 September 2023 – Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin menerima kunjungan hormat Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, Nurul Asmad Che Harun, hari ini.

Selain sesi perkenalan melibatkan pegawai-pegawai kedua-dua agensi, perjumpaan yang berlangsung lebih sejam ini turut dimanfaatkan dengan perbincangan berkaitan penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Kota Bharu 2023.

USM sentiasa komited menyokong dan bekerjasama dalam penganjuran sukan yang boleh memberi impak serta faedah kepada masyarakat di daerah Kota Bharu khususnya dan seluruh negeri Kelantan amnya.

Turut menyertai kunjungan hormat itu ialah Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Kampus Kesihatan USM, Dzuribastian Muhamad Azmi; Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, Syed Abdul Aziz Engku Chik Abdullah dan Nor Farhana Che Ismail serta Pembantu Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, Emi Zurina Abd Aziz.
- Created on .
- Hits: 267