Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KUNJUNGAN HORMAT UMM INDONESIA KE PPSP USM PERLUAS JARINGAN AKADEMIK SERANTAU

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 Januari 2026 – Sebagai usaha memperkukuh kerjasama akademik antarabangsa, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan hormat daripada Universitas Muhammadiyah Makassar (UMM), Indonesia, pada 14 Januari lalu.

1000217516

Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama dalam bidang pendidikan perubatan, penyelidikan serta mobiliti pelajar di rantau Asia.

1000217518

Delegasi UMM yang diketuai oleh Dekan Fakulti Perubatan, Profesor DR. dr. Suryani As’ad itu disambut oleh Dekan PPSP USM, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin.

1000217520

Turut diadakan sesi perbincangan mengenai potensi kerjasama antara kedua-dua universiti meliputi penempatan pelajar elektif, pertukaran akademik pelajar prasiswazah dan pascasiswazah serta program penyelidikan bersama.

1000217522

Kunjungan diakhiri dengan lawatan ke beberapa fasiliti pembelajaran utama termasuk Galeri Interaktif Sains Perubatan (SPICES) dan Advanced National Honey Landmark (AnNaHL).

1000217524

Selain itu, kunjungan ini juga mencerminkan komitmen berterusan USM dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa bagi memperkasa bidang pendidikan dan penyelidikan perubatan.

Turut menyantuni degelasi lawatan ialah Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa PPSP, Profesor Dr. Irfan Mohamad; Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi PPSP, Profesor Dr. Asrenee Abd Razak; Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Latihan Ikhtisas PPSP, Profesor Madya Dr. W Mohd Nazaruddin W Hassan; Timbalan Dekan USM-KLE PPSP, Profesor Madya Dr. Nik Ahmad Zuky Nik Lah dan Penyelaras Pejabat Antarabangsa Kampus Kesihatan USM, Profesor Madya Dr. Norsuhana Omar.

Sumber Laporan & Foto: Ahmad Nazirul Izwan Mohd Saari

  • Created on .
  • Hits: 185