Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KUNJUNGAN IMU TINJAU PELUANG KOLABORASI BERSAMA USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 Ogos 2023- Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, semalam menerima kunjungan wakil 'International Medical University' (IMU) untuk berbincang mengenai jalinan kerjasama dua hala dalam kesiapsiagaan pengurusan bencana.

9b522cf1 713d 4449 b7d3 f7b5f92a5da8

Hadir mewakili IMU ialah Pensyarah Perubatan Masyarakat, Profesor Adlina Suleiman bersama enam (6) Pensyarah di 'Faculty Community Medicine, IMU Cares' dan Setiausaha Pertubuhan Gabungan Bencana Malaysia (BBNGO), Wan Nor Aziemah Wan Zainulddin.

9b35a63f 95b6 4538 96c1 5a275ccae26e

Pertemuan ini diadakan sebagai langkah untuk berkolaborasi dengan Pusat Pengurusan Bencana (PPB), Kampus Kesihatan USM selain turut membincangkan cadangan untuk mengadakan konferen pengurusan bencana secara dwitahunan.

0d479dd4 bf82 4489 b483 2e786651415f

Kedua-dua belah pihak USM dan IMU antara lain bersetuju untuk kekal komited dan sentiasa mengambil perhatian isu-isu pengurusan bencana pada masa hadapan.

  • Created on .
  • Hits: 158