Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KURSUS ASAS DAN LATIHAN MEDAN KOR SISPA PERKASA ANJAKAN H.E.B.A.T USM

SETIU, TERENGGANU, 22 Februari 2025 – Kursus Asas dan Latihan Medan Kali Ke-6 Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya disempurnakan dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Cempaka, Tapak Perkhemahan, Peladang Setiu Agrotourism dan Resort, Terengganu.

1000113316

1000113303

Majlis penutupan kursus tersebut disempurnakan oleh Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail merangkap Kolonel Bersekutu Pertahanan Awam yang dalam ucapannya menekankan kepentingan latihan ini dalam mempersiapkan pelajar menghadapi situasi kecemasan dan bencana.

1000113305

1000113305

Beliau turut mengiktiraf peranan Kor SISPA sebagai satu-satunya badan beruniform di Kampus Kesihatan yang bukan sahaja membentuk kemahiran pertahanan awam tetapi juga memperkasakan kepimpinan serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa.

1000113307

1000113324

Hal ini bertepatan dengan lima (5) anjakan agenda H.E.B.A.T USM, yang menekankan pembangunan 'Holistic' (Holistik), 'Entrepreneurial' (Keusahawanan), 'Balanced' (Seimbang), 'Articulate' (Artikulasi) dan 'Thinking' (Berfikir) dalam kalangan mahasiswa.

1000113301

1000113320

Penglibatan mahasiswa dalam Kor SISPA bukan sahaja membentuk ketahanan mental dan fizikal tetapi juga mengasah kemahiran kepimpinan, pemikiran kritis serta semangat berpasukan yang menjadi tunjang kepada agenda ini.

1000113337

Sepanjang kursus, para peserta seramai 86 orang diberi pendedahan mendalam mengenai aspek pertahanan awam dan pengurusan bencana, selain diuji ketahanan fizikal dan mental melalui latihan melawan kebakaran, kawad usungan serta menyelamat di dalam air.

1000113335

Selain itu, para peserta Tahap 1 juga digalakkan untuk meneruskan latihan sehingga ditauliahkan sebagai Pegawai Muda Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Kursus ini diharap dapat memperkukuh hubungan antara Kor SISPA Kampus Kesihatan USM dan APM Kelantan, seterusnya meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi cabaran pertahanan awam di masa hadapan.

1000113297

Turut hadir ialah Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu mewakili Pengarah Pertahanan Awam Negeri Kelantan, Mejar Pertahanan Awam Mohd Saiful Azam Ismail; Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) merangkap Ajutan Kor SISPA Kampus Kesihatan USM, Leftenan Kolonel Bersekutu Pertahanan Awam Hj. Hafiz Assad Zakaria, pegawai APM negeri dan daerah serta pegawai bersekutu APM USM.

Teks: Muhamad Iqbal Bashah Ahmad Basha Ruddin/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman & Kor SISPA Kampus Kesihatan

  • Created on .
  • Hits: 270