Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

LATIHAN DOMESTIK BANTU TINGKAT FUNGSI KOGNITIF PESAKIT NEUROSURGERI HPUSM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 Julai 2025 – Sebagai usaha untuk meningkatkan fungsian kognitif pesakit-pesakit neuro, pasukan ‘Neurogym’ Unit Perubatan Pemulihan, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) mengambil inisiatif menganjurkan Program Latihan Domestik Pesakit Neurosurgeri (Pizza Day) pada 24 Julai lalu.

1000161356

Program yang disertai kira-kira 20 pesakit ini antara lain bertujuan meningkatkan fungsian kognitif, kemahiran motor kasar dan halus selain menyokong tahap keberdikarian pesakit.

1000161358

Selain itu, ia juga untuk meningkatkan keyakinan diri pesakit dan melatih pesakit dalam aspek keselamatan.

1000161360

1000161362

Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyediakan empat (4) jenis roti iaitu roti pizza, roti keju, roti sosej dan roti kacang. Aktiviti penyediaan roti secara tidak langsung membantu melatih kemahiran motor halus yang penting dalam kefungsian tangan bagi kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana pesakit diberi tugasan seperti menguli tepung, memotong bahan-bahan dan membentuk tepung menjadi roti.

Sumber Laporan & Foto: Sheikh Muhammad Aiman Alhabshee Muhammad Alif Madrid Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 96