Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

LATIHAN KAWAD KECEMASAN RADIOLOGI DAN NUKLEAR: PERSEDIAAN WARGA HOSPITAL USM HADAPI SITUASI BERISIKO

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 Julai 2023 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Jabatan Perubatan Nuklear Radioterapi dan Onkologi dengan kerjasama Jabatan Perubatan Kecemasan, Unit Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan serta Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Sinaran, Agensi Nuklear Malaysia telah menganjurkan Latihan Kawad Kecemasan Radiologi dan Nuklear, hari ini. 
 
a727b1c5 dabb 4366 86eb 59074e22ea05
 
24a4180d 61d5 46b9 90d1 b6fd0f3f77bd
 
Program yang julung kali diadakan di Kelantan ini bertujuan menguji sejauh mana kesiapsiagaan staf Hospital USM apabila berlaku kecemasan melibatkan bahan radioaktif serta mengenal pasti aset penting bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.
 
5ffb89bf 31b5 40b6 9470 f533d98baf98
 
Selain itu, latihan ini turut memberi pengalaman kepada staf yang akan mengendalikan pengurusan insiden kecemasan melibatkan bahan radioaktif bagi mematuhi 'standard operation procedure' (SOP) yang betul. 
 
a43dd446 ca38 4207 98bd 1749374d3768
 
aba8126d b80e 4480 a334 5651f5292b7e 
 
Hampir 100 orang peserta terdiri daripada kakitangan Hospital USM dan agensi luar seperti Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BKS), Bahagian Operasi dan Kebombaan Negeri Kelantan serta 'Malaysian Association of Medical Physics' (MAMP).
 
abd018a1 447f 4789 81f6 0e2a3e0fe956
 
Turut hadir semasa latihan berlangsung ialah Pegawai Pengurusan Operasi Balai (TPgB) II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Mohamad Sabri Ismail; Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pembangunan Latihan BKRP KKM, Syarul Iman Saufi serta Pengerusi Program Latihan Kawad Kebakaran Radiologi dan Nuklear, Nik Kamarullah Ya Ali.
  • Created on .
  • Hits: 241