Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

LATIHAN SIMULASI PERTINGKAT KEMAHIRAN SURGIKAL PELAJAR

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Jun 2025 - Universiti Sains Malaysia (USM) terus membuktikan komitmen tinggi dalam melahirkan tenaga perubatan berkemahiran tinggi menerusi penganjuran program ‘Undergraduate Basic Surgical Skills Workshop and Competition 2025’ pada 21 Jun lalu.

1000150440

1000150444

Program yang berlangsung di Blok Pembelajaran dan Sumber Pelajar (BPSP), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM, merupakan inisiatif strategik USM melalui Pusat Integrasi Simulasi Klinikal (i-CSC) dan Jabatan Surgeri PPSP USM dengan kerjasama Laparo Endoscopic Society (LES) serta Medical Students Society of Universiti Sains Malaysia (MEDSOC).

1000150446

1000150448

Seramai 80 pelajar perubatan USM menyertai bengkel ini yang memberi penekanan kepada latihan ‘hands-on’ dalam kemahiran asas pembedahan. Latihan ini memberi peluang kepada peserta untuk mendalami teknik seperti ikatan benang (knot tying), jahitan pembedahan (suturing) serta laparoskopi asas selaras dengan pendekatan pendidikan berasaskan simulasi yang diketengahkan oleh USM.

1000150449

1000150452

Bengkel ini turut menjadi platform pemilihan wakil USM ke pertandingan ‘Basic Surgical Skills’ Peringkat Kebangsaan, sekali gus memperkukuh daya saing pelajar perubatan USM di peringkat yang lebih tinggi.

1000150453

Program ini memberi impak besar kepada USM dengan memperkukuh reputasinya sebagai pusat latihan klinikal terunggul di negara ini. Dalam masa sama, ia menyemai minat pelajar terhadap bidang pembedahan dan membina profesionalisme di peringkat awal pengajian.

Kemuncak program menyaksikan pelaksanaan ‘Mini Competition’ yang melibatkan peserta terbaik melalui tiga (3) kategori pertandingan utama iaitu ‘knot tying’, ‘suturing’, dan ‘laparoscopy skills’.

1000150442

Program sebegini membuktikan peranan proaktif USM dalam melahirkan graduan perubatan yang bukan sahaja cemerlang secara akademik tetapi juga mahir secara praktikal, selaras dengan keperluan sistem penjagaan kesihatan masa kini.

Sumber Laporan dan Foto: Haslinda Dan

  • Created on .
  • Hits: 83