LAWATAN CAKNA CETUS SEMANGAT BUAT PESAKIT KANSER KANAK-KANAK HPUSM
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 September 2025 – Sempena Sambutan Hari Malaysia dan Bulan September sebagai Bulan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak Sedunia, Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (PESONA) dengan kerjasama Kelab PEKASIH Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Rumah Ronald McDonalds (RRM) Hospital Pakar USM (HPUSM) telah mengadakan Lawatan Cakna ke Wad 6 Utara, HPUSM yang menempatkan pesakit kanser kanak-kanak.


Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif kemasyarakatan bertujuan memberi sokongan moral, semangat juang dan senyuman kepada pesakit serta keluarga mereka yang sedang menjalani rawatan selari dengan semangat Hari Malaysia dan sokongan terhadap pejuang cilik.


Sepanjang lawatan, para sukarelawan berinteraksi mesra dengan pesakit melalui sesi ramah mesra, penyampaian sumbangan dan pemberian hadiah berbentuk wang ringgit, baucer kelengkapan sekolah, barangan keperluan harian serta permainan kanak-kanak yang bertujuan menceriakan suasana wad serta memberi kelegaan emosi kepada pesakit dan penjaga.


Lawatan ini juga adalah sebahagian daripada usaha berterusan dalam memberikan sokongan psikososial kepada pesakit kanser kanak-kanak selain memupuk nilai empati dan kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat.

Turut Hadir ialah Pengurus RRM HPUSM, Nurul Wahida Harun; Pengerusi PESONA, Wan Shahriza Wan Ab Rahman; Penyelia Jururawat HPUSM, Ruzita Hj Md Yasin dan Tengku Yusriza Tengku Yusoff serta Ketua Jururawat Wad 6 Utara, Ruslindawati Ramli@ Husain.
Teks: R. Alia Fazni R. Azmi / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood
#PESONA
#MRSM
#PEKASIH
#MARA
#RumahRonaldMcDonalds (RRM)
#HPUSM
#USMcare
#USMprihatin
#HariKanserKanak-KanakSedunia
#PejuangCilik
- Created on .
- Hits: 431