LAWATAN PENANDA ARAS HUMS KE HPUSM KONGSI STRATEGI DAN AMALAN PENGURUSAN HPU
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 September 2025 – Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) menerima kunjungan delegasi Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang mengadakan lawatan penanda aras pada 7 September lalu bertujuan memperkukuhkan amalan pengurusan dan pembangunan strategi perkhidmatan di Hospital Pengajar Universiti (HPU).


Menerusi lawatan ini, delegasi HUMS diberi pendedahan mengenai amalan terbaik yang dilaksanakan oleh HPUSM, khususnya dalam aspek pengurusan kewangan.


Selain itu, delegasi lawatan turut diberi ruang untuk mendapatkan maklumat berkaitan prosedur kerja serta pengurusan kes yang berada di bawah portfolio Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP). Penekanan turut diberikan kepada peranan UKSP dalam membantu pesakit yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan pesakit yang tidak mempunyai dokumen peribadi yang sah.


Delegasi lawatan juga dibawa melawat ke beberapa lokasi seperti Bilik ‘One Stop Crisis Centre’ (OSCC), Unit Kerja Sosial Perubatan, Unit Hasil dan Taksiran, Wad Korporat dan Wad USAINS. Mereka turut diberi pendedahan kepada peranan vendor yang terlibat dalam memperkukuh perkhidmatan hospital melalui sokongan perniagaan dan operasi selain memberi peluang kepada delegasi untuk melihat sendiri operasi harian, prosedur pengurusan pesakit serta strategi penghasilan pendapatan yang dilaksanakan oleh HPUSM.
Sumber Laporan & Foto: Noor 'Alyaa Mohd Amin
- Created on .
- Hits: 214