Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

LAWATAN PENANDA ARAS PROSPEN IPG KAMPUS SULTAN MIZAN KE PPSP TEROKAI KERJASAMA BIDANG PENYELIDIKAN DAN INOVASI

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 Julai 2022 - Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan daripada Ahli Program Pensarjanaan Pensyarah (PROSPEN) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, Terengganu.

73fb4327 b495 4d71 aa68 09d03592851d

Lawatan penanda aras ini bertujuan untuk berkolobrasi dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta menjalin permuafakatan kesefahaman. Di antara kolobrasi yang dibincangkan antaranya untuk mencari peluang penulisan artikel daripada pihak IPG Kampus Sultan Mizan di dalam jurnal kesihatan USM, memberi peluang kepada pensyarah daripada IPG menjadi 'Co - Supervisor' dalam penyeliaan pelajar peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PHD).

71a2d114 0280 46cb a636 7026958803ca

50849bc8 99f2 42bf 98af 4f8278f63185

Delegasi PROSPEN seramai 30 orang diketuai oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Ts. Dr. Pajuzi Awang manakala pihak PPSP di hadiri oleh Pemangku Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) mewakili Dekan, Profesor Dr. Liza Sharmini Ahmad Tajudin, Timbalan Dekan (Libatsama Industri , Komuniti dan Pembangunan), Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam, Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa), Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin serta para pensyarah PPSP.

  • Created on .
  • Hits: 169