Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

LAWATAN PENANDA ARAS UKM KE HOSPITAL USM KONGSI MAKLUMAT PENGURUSAN EA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 November 2023- Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima lawatan delegasi urus setia projek 'Enterprise Architecture' (EA) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengadakan lawatan penanda aras untuk berkongsi maklumat berkaitan pengurusan EA di Hospital USM.

IMG 20231129 WA0041

Selain berkongsi maklumat pengurusan EA, ia juga bertujuan berkongsi pengalaman dan pengajaran serta pencapaian yang telah dicapai oleh pasukan petugas teras projek EA Hospital USM ekoran UKM kini dalam perancangan untuk melaksanakan EA di pusat pengajian universiti mereka.

IMG 20231129 WA0042

Ketibaan delegasi UKM yang diketuai oleh Ketua Arkitek, EA UKM, Suzilawati Ismail bersama empat (4) Pegawai Arkitek disambut oleh Timbalan Pengarah Operasi Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof serta pengurusan Hospital USM.

IMG 20231129 WA0043

IMG 20231129 WA0040

Turut hadir ialah Ahli Lembaga Gabenor Universiti merangkap Ketua Pegawai Maklumat USM, Profesor Dato' Ir. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan; Penyelaras Unit Sistem Pengurusan Hospital USM, Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar; Timbalan Pengarah, Pusat Pengetahuan Komunikasi Dan Teknologi, Kampus Kesihatan USM, Nik Nashron Ab Aziz dan Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam USM, Amira Abd Sattar@Ismail.

  • Created on .
  • Hits: 265