Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

LAWATAN PSU KE HPUSM PERKUKUH JARINGAN AKADEMIK SERANTAU DALAM BIDANG RADIOLOGI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 September 2025 – Jabatan Radiologi, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) menerima lawatan delegasi daripada Prince of Songkla University (PSU) hari ini, dalam usaha menjalinkan kerjasama berterusan dan komitmen bersama terhadap kecemerlangan dalam penjagaan pesakit, latihan klinikal dan kemajuan ilmu pengetahuan.

1000176314

1000176316

Bidang radiologi, khususnya radiologi intervensi dan diagnostik, terus berkembang dengan pesat. Permintaan terhadap profesional yang berkemahiran tinggi, amalan inovatif dan pertukaran ilmu secara kolaboratif adalah semakin tinggi. Ekoran itu, lawatan ini merupakan satu peluang kerjasama erat antara USM dan PSU selain menjadi platform pertukaran ilmu secara praktikal bagi kedua-dua pihak.

1000176318

1000176320

Delegasi lawatan akan terlibat secara aktif dalam sesi perbincangan kes dan sesi klinikal selain dapat memanfaatkan peluang untuk saling belajar melalui perbandingan teknik, pemahaman terhadap demografi pesakit yang berbeza serta perkongsian pengalaman demi memperbaiki hasil rawatan kepada komuniti.

1000176322

1000176324

Perbincangan yang bermanfaat ini juga turut merangkumi prosedur berpandukan imej, intervensi invasif minimum, teknik pencitraan canggih serta amalan terbaik dalam keselamatan pesakit dan penjagaan pasca pembedahan.

1000176326

1000176328

USM amat berbesar hati dan sentiasa bersedia menerima lawatan berikutnya daripada PSU untuk berkongsi tentang kemudahan, kepakaran, perkhidmatan dan kemajuan yang dibangunkan di HPUSM.

1000176330

1000176332

Turut hadir ialah Pengarah Pusat Radiologi Intervensi dan Invasif Minimum, PSU, Profesor Madya Dr. Keerati Hongsakul; Timbalan Pengarah (Klinikal) mewakili Pengarah HPUSM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan Dekan, Jaringan Industri - Komuniti dan Pembangunan mewakili Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM, Profesor Dr. Aziah Daud; Ketua Jabatan, Jabatan Radiologi HPUSM, Profesor Madya Dr. Khairil Amir Sayuti dan Ketua Jabatan Radiologi, PSU, Profesor Madya Dr. Pramot Tanutit.

Teks: Mohd Hafiz Ya’acob / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 246