Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

LEBIH 1000 WARGA KAMPUS ZAHIRKAN SOLIDARITI MENERUSI MALAM CINTA PALESTIN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 November 2023 – Lebih 1,000 warga Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) terdiri daripada pelajar, staf dan ahli keluarga menyertai program Malam Cinta Palestin di Dewan Utama, Kampus Kesihatan pada 16 November lalu.

IMG 20231121 WA0033

IMG 20231121 WA0032

Program anjuran Sekretariat Rakan Masjid, Pusat Islam Kampus Kesihatan dengan kerjasama pelajar pasca siswazah dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini merupakan simbolik kebersamaan rakyat Malaysia khususnya warga Kampus Kesihatan menentang kezaliman rejim zionis dalam konflik Israel-Palestin.

IMG 20231121 WA0030

IMG 20231121 WA0031

Selain itu, usaha murni ini diadakan sebagai tanda solidariti warga Kampus Kesihatan yang lantang menyokong pembebasan Palestin.

IMG 20231121 WA0027

IMG 20231121 WA0028

Antara pengisian program ialah solat hajat, bacaan Qunut Nazilah, persembahan nasyid ’Bebas Palestin’, pidato dan bicara cakna Palestin, deklamasi puisi, bacaan Doa Wehdah serta Doa Rabithah.

IMG 20231121 WA0029

Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis; Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak dan Timbalan Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Kampus Kesihatan, Hafiz Assad Zakaria.

Sumber Laporan & Foto : Nur Hana Syakirah Mohd Nadhir

  • Created on .
  • Hits: 301