LEBIH 200 WARGA KAMPUS KESIHATAN JAYAKAN PROGRAM PENGISIAN PROFIL PADU BERSAMA DOSM
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 Mac 2024- Pengkalan Data Utama (PADU) merupakan inisiatif terbaharu kerajaan bagi menghasilkan analitik berkala data-data serta profil rakyat Malaysia.
Integrasi maklumat menerusi PADU bakal dimanfaatkan untuk penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data yang komprehensif.
Menyedari akan kepentingan melengkapkan pengisian maklumat PADU, lebih 200 staf Kampus Kesihatan mengambil peluang menghadiri bengkel anjuran Jabatan Pendaftar bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kelantan pada 25 dan 26 Mac lalu.
Sesi bersemuka selama dua (2) hari yang diadakan di Makmal Informatik Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM ini memberi peluang kepada warga kampus untuk mendapat pencerahan serta bantuan teknikal secara langsung daripada kakitangan DOSM bagi melengkapkan pengisian profil PADU.
Sumber Laporan & Foto: Unit Perkhidmatan & Pembangunan Organisasi, Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan
- Created on .
- Hits: 224