Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

MASYARAKAT B40 SETIU TERIMA MANFAAT KHIDMAT PASUKAN PROGRAM KPT PRIHATIN MADANI HOSPITAL USM

SETIU, TERENGGANU, 4 Ogos 2023 – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah melaksanakan Program KPT Prihatin Madani melalui klinik bergerak dan program jangkauan (outreach) kesihatan komuniti kepada golongan sasar terutama komuniti luar bandar dalam kalangan B40 yang jauh daripada fasiliti kesihatan.

IMG 20230804 WA0027

IMG 20230804 WA0020

Program ini merupakan salah satu daripada empat (4) program utama yang telah dirangka oleh KPT menerusi Program Semarak Siswa Madani yang diadakan di Pesisir Pantai Penarik, hari ini.l

IMG 20230804 WA0026

Program ini antara lain bertujuan memberi pemeriksaan kesihatan percuma di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.

IMG 20230804 WA0021

IMG 20230804 WA0019

Antara pengisian aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan asas kesihatan, demo teknik bantuan asas kecemasan 'cardiopulmonary resuscitation' (CPR), pemberian ubatan asas, demo pemeriksaan sendiri payudara, pemeriksaan 'electrocardiogram' (ECG) jantung dan kolestrol, konsultasi perubatan dan lawatan ke rumah.

IMG 20230804 WA0022

Hampir 100 orang masyarakat setempat dengan pelbagai latar belakang hadir memeriahkan program yang turut disertai oleh pasukan Unit Klinikal selaku urus setia serta petugas kesihatan dari Jabatan Perubatan Kecemasan, Jabatan Hematologi dan Unit Perubatan Pemulihan atau Rehabilitasi.

IMG 20230804 WA0024

Program ini juga diharap dapat memupuk budaya cakna kesihatan di samping mewujudkan jaringan kerjasama antara USM dengan organisasi luar dan komuniti setempat.

IMG 20230804 WA0025

Turut hadir dalam program ini adalah Pegawai Perubatan Kesihatan Awam Unit Klinikal, Hospital USM, Dr. Normala Abdul Wahid.

IMG 20230804 WA0023

  • Created on .
  • Hits: 454