MCDONALD'S RAI MERDEKA BERSAMA PESAKIT KANAK-KANAK HOSPITAL USM
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 31 Ogos 2023 – Rumah Ronald McDonald’s (RRM) dan McDonald's Malaysia tampil menyampaikan sumbangan makanan dan cenderahati kepada pesakit kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di Wad Pediatrik, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66, hari ini.

52 orang pesakit kanak-kanak gembira menerima sumbangan tersebut dan teruja disantuni oleh maskot hero kesayangan mereka iaitu ‘Hamburglar’.


Program ini merupakan salah satu acara tradisi RRM di samping memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.


Hadir menyampaikan sumbangan ialah Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset) Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud. Turut hadir sama ialah Pengurus Besar McDonald’s Kubang Kerian ‘Drive Thru’, Nik Yahya Nik Abu Bakar; Pengurus RRM Hospital USM, Nurul Wahida Harun dan Penyelia Jururawat, Roseliza Jusoh.
- Created on .
- Hits: 287