USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 19 September 2022 - Unit Terapi Enterostomal (UTE) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), melancarkan ‘Malaysia Enterostomal Therapy Nursing Education Programme’ (METNEP) yang di kelola oleh Syarikat M&T Network Consultancy dengan kerjasama Unit Pembangunan Korporat, Hospital USM.
Program yang dijadualkan berlangsung selama tiga (3) bulan dan mendapat pengiktirafan ‘World Council of Enterostomal Therapist’ (WCET) ini telah dirasmikan semalam oleh Timbalan Pengarah Klinikal Hospital USM yang juga penyelaras UTE, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria.

METNEP yang merupakan program pembelajaran khusus mengenai stoma dan luka ini turut disertai oleh staf dari pelbagai hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hospital swasta serta syarikat yang berkaitan dengan produk stoma dan luka.

UTE berharap agar program sebegini dapat diadakan secara berterusan bagi membantu Hospital USM dalam aspek penjanaan selain menjadi pusat pengembangan ilmu berkaitan stoma dan luka bagi kawasan Pantai Timur dan seluruh Malaysia.
Sumber Laporan & Foto : Dr. Muhammad Asyraf Othman