Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

MISAI KUCING TERUS GAH PERTAHAN KEJUARAAN HARI WARGA STAF USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 Ogos 2023 - Hari Warga Staf (HWS) 2023 Universiti Sains Malaysia (USM) melabuh tirainya semalam dengan acara terakhir iaitu malam persembahan atau ‘Pentas Lantera Seni’ yang berlangsung di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM.

Malam persembahan kali ini menyaksikan kesemua enam (6) kontinjen bersemangat serta memberikan komitmen penuh dalam persembahan bertemakan 'Sedekad Dalam Sejarah Dunia'.

556cbf93 fbae 4833 bb91 a761c35e0bbd

8e9cea28 c396 4fdd 8a61 80da1b0d216e

a725bbd0 cf97 4d69 9dad 7f41c3cd5e1f

Warga USM nyata teruja menyaksikan persembahan dari kontinjen masing-masing dan keterujaan mereka semakin dirasakan dengan penampilan khas Pengurusan Tertinggi Universiti yang turut menyertai persembahan tersebut.

01853330 3040 4638 9c4c 4c1583350691

573e8a81 7fc0 452c 8c73 2277cf870fb8

b015f8ad 4451 4081 8b87 79cbe7b0c428

2b33906e f1dd 4937 9b23 f2e5c5bd2e5f

Pementasan Drama Muzikal yang memberi penghormatan kepada mangsa MH370 bertajuk 'Di Pintu Syurga' dari kontinjen Misai Kucing dinobatkan sebagai juara manakala naib juara dimenangi oleh kontinjen Duri Tujuh.

e5a25ba9 c48d 4765 9a1f d2e26dc68cee

Kontinjen Misai Kucing juga turut diumumkan sebagai juara keseluruhan HWS USM 2023 mengenepikan kontinjen Kacip Fatimah sebagai naib juara dan kontinjen Duri Tujuh di tempat ketiga. Kontinjen Serai Wangi terpaksa berpuas hati di tempat keempat dan tempat kelima milik kontinjen Jarum Mas manakala kontinjen Halia Bara di tempat keenam dalam penganjuran HWS USM kali ini.

b641fa98 c8db 4253 bbd0 ddbf736ad579

862d82e9 1168 4293 9b7e 4a958420457d

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti (LGU) USM, Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin; Naib Canselor USM, Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Ahli LGU USM; Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti; Pendaftar USM merangkap Penasihat Jawatankuasa Induk HWS USM 2023, Dato' Dr. Musa Ali; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur HWS USM 2023 dan Mantan Naib Canselor USM, Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail.

  • Created on .
  • Hits: 491